Friday, 9 March 2012

PALESTIN


Tepukan gemuruh  mengiringi ucapan Presiden Mahmoud Abbas di Persidangan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) menuntut status Negara Merdeka dan memberi tempoh 2 minggu untuk pengiktirafan tersebut.  Namun begitu ‘Standing ovation’ tidak memberi  sebarang jaminan sokongan dari Negara anggota.
Status Kemerdekaan Palestine  ini  diwar- war disaat Negara Islam di Timur Tengah yang mempunyai  bermasalah dari segi politik, sosial dan ekonomi. Walaupun kemelut kian pulih namun masih memerlukan masa untuk pembentukan dan kestabilan.
  Adakah semua Negara Islam anggota PBB akan mengundi untuk menyokong atau menjadi Negara berkecuali? Seperti selalunya pasti ada Negara mempunyai pandangan atas pagar. Malahan Undian untuk kemerdekaan memerlukan dari..  iaitu lebih dari separuh. Apakah akan terjadi pada Palestine jika gagal mendapat undian dari Negara anggota PBB?
Amerika Syarikat mengugut mengunakan kuasa  veto dalam PBB untuk menghalang pembentukan Negara Palestine. Kuasa veto adalah kuasa membatalkan arahan PBB. Amerika adalah sekutu kuat Israel , mereka adalah sahabat yang saling memerlukan satu sama lain. Ketika ini  Amerika yang kehabisan asset akibat peperangan di Afghanistan dan Iraq. Pastinya Amerika memerlukan dana dari Israel, sebagai balasan Palestine menjadi hadiahnya. Lantaran mengunakan alasan ‘Rundingan Damai’  sebagai alasan untuk menidakkan hak Palestine di bumi sendiri.
Peranan kuasa besar seperti Rusia dan China dikatakan boleh membantu namun saat ini China mengalami inflasi dan becana alam jadi manakah yang akan China dahulukan ?, Rusia sekalipun sudah menyatakan pendirian mengenai Kemerdekaan Palestine namun sekadar menyata tiada bezanya.Bumi Palestine masih lagi berdarah.
 Isu Palestine adalah salah satu tanggungjawab seluruh umat Islam, mengapa ? apa sebabnya ? jika ini bermain di kepala maka sudah tiba kita membuka kembali sejarah Islam. Pengkhianatan Anwar sadat kepada seluruh umat Islam. Penyerahan gaza kepada Israel sesuatu yang harus kita ketahui jua.  Marilah kita  mempelajari sejarah dan politik Islam, mengetahui apakah kekalahan perang umat Islam yang harga harus dibayar oleh semua umat Islam, deklarasi Balfour kesannya, dan jika kita boleh menghafal tarikh seperti 14 febuari apakah maksudnya, maka kita harus tahu tarikh seperti 14 Mei 1948 dimana ia adalah bermula kekejaman tentera Yahudi ke atas Palestine setelah di ‘di halalkan ‘ oleh Amerika dan Britain.  Mari kita mengingati kembali 9 Disember 1917 jadikan ia sesuatu yang memalukan kita kepada ALLAH, Rasullulah, Saidina Umar Al Khatab, Panglima Perang Saad bin Abi Waqqas, Abu Ubaidah al- Jarrah dan Juga Panglima Perang Salehuddin  al – Ayubbi. Andaikata 11 September 2001 menjadikan lipatan sejarah Amerika. Mengapa tidak 9 disember 1917 menjadi lipatan sejarah Umat Islam khususnya.
Siapakah insan Sheikh ahmad Yasin , apakah  dia Hamas dan Fatah ?  apakah jihad ? mengapa mereka mempertaruhkan nyawa? marilah kita bersama melayari internet mencari jawapannya.
Dimanakah pula letaknya peranan kita?  Pemuda dan pemudi Islam  malaysia, dimanakah pemikiran kita ketika ini?  kereta, motor, baju, beg tangan, telefon bimbit , computer riba … ?.  Sudah tiba kita fahami istilah “…angkatan pemuda, sejak dahulu hinggalah sekarang tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat“ mari  kita fikir mengapa istilah ini boleh wujud.
Marilah kita bersama  masukkan isu Palestine sentiasa dalam  hati kita selagi mana penindasan Israel di bumi Palestine .Ini adalah tanggungjawab kita bukan pilihan. Sekalipun kita tidak dapat berjuang mengangkat senjata bersama para pejuang  namun kita masih perlu lakukan sesuatu,  oleh itu sebarang perbincangan  forum  ilmiah, dan ilmu berkaitan Palestine seharusnya sentiasa dekat dihati kita.

No comments:

Post a Comment