Tepukan gemuruh
mengiringi ucapan Presiden Mahmoud Abbas di Persidangan Bangsa- Bangsa
Bersatu (PBB) menuntut status Negara Merdeka dan memberi tempoh 2 minggu untuk
pengiktirafan tersebut. Namun begitu ‘Standing
ovation’ tidak memberi sebarang jaminan
sokongan dari Negara anggota.
Status Kemerdekaan Palestine
ini diwar- war disaat Negara Islam
di Timur Tengah yang mempunyai bermasalah dari segi politik, sosial dan
ekonomi. Walaupun kemelut kian pulih namun masih memerlukan masa untuk
pembentukan dan kestabilan.
Adakah semua Negara Islam anggota PBB akan
mengundi untuk menyokong atau menjadi Negara berkecuali? Seperti selalunya
pasti ada Negara mempunyai pandangan atas pagar. Malahan Undian untuk
kemerdekaan memerlukan dari.. iaitu lebih
dari separuh. Apakah akan terjadi pada Palestine jika gagal mendapat undian
dari Negara anggota PBB?
Amerika Syarikat mengugut mengunakan kuasa veto dalam PBB untuk menghalang pembentukan
Negara Palestine. Kuasa veto adalah kuasa membatalkan arahan PBB. Amerika adalah
sekutu kuat Israel , mereka adalah sahabat yang saling memerlukan satu sama
lain. Ketika ini Amerika yang kehabisan
asset akibat peperangan di Afghanistan dan Iraq. Pastinya Amerika memerlukan
dana dari Israel, sebagai balasan Palestine menjadi hadiahnya. Lantaran
mengunakan alasan ‘Rundingan Damai’ sebagai alasan untuk menidakkan hak Palestine
di bumi sendiri.
Peranan kuasa besar seperti Rusia dan China dikatakan boleh
membantu namun saat ini China mengalami inflasi dan becana alam jadi manakah
yang akan China dahulukan ?, Rusia sekalipun sudah menyatakan pendirian
mengenai Kemerdekaan Palestine namun sekadar menyata tiada bezanya.Bumi
Palestine masih lagi berdarah.
Isu Palestine adalah
salah satu tanggungjawab seluruh umat Islam, mengapa ? apa sebabnya ? jika ini
bermain di kepala maka sudah tiba kita membuka kembali sejarah Islam.
Pengkhianatan Anwar sadat kepada seluruh umat Islam. Penyerahan gaza kepada
Israel sesuatu yang harus kita ketahui jua.
Marilah kita mempelajari sejarah dan
politik Islam, mengetahui apakah kekalahan perang umat Islam yang harga harus
dibayar oleh semua umat Islam, deklarasi Balfour kesannya, dan jika kita boleh
menghafal tarikh seperti 14 febuari apakah maksudnya, maka kita harus tahu
tarikh seperti 14 Mei 1948 dimana ia adalah bermula kekejaman tentera Yahudi ke
atas Palestine setelah di ‘di halalkan ‘ oleh Amerika dan Britain. Mari kita mengingati kembali 9 Disember 1917
jadikan ia sesuatu yang memalukan kita kepada ALLAH, Rasullulah, Saidina Umar
Al Khatab, Panglima Perang Saad bin Abi Waqqas, Abu Ubaidah al- Jarrah dan Juga
Panglima Perang Salehuddin al – Ayubbi.
Andaikata 11 September 2001 menjadikan lipatan sejarah Amerika. Mengapa tidak 9
disember 1917 menjadi lipatan sejarah Umat Islam khususnya.
Siapakah insan Sheikh ahmad Yasin , apakah dia Hamas dan Fatah ? apakah jihad ? mengapa mereka mempertaruhkan
nyawa? marilah kita bersama melayari internet mencari jawapannya.
Dimanakah pula letaknya peranan kita? Pemuda dan pemudi Islam malaysia, dimanakah pemikiran kita ketika ini?
kereta, motor, baju, beg tangan, telefon
bimbit , computer riba … ?. Sudah tiba
kita fahami istilah “…angkatan pemuda, sejak dahulu
hinggalah sekarang tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat“
mari kita fikir mengapa istilah ini
boleh wujud.
Marilah kita bersama masukkan isu Palestine sentiasa dalam hati kita selagi mana penindasan Israel di
bumi Palestine .Ini adalah tanggungjawab kita bukan pilihan. Sekalipun kita
tidak dapat berjuang mengangkat senjata bersama para pejuang namun kita masih perlu lakukan sesuatu, oleh itu sebarang perbincangan forum
ilmiah, dan ilmu berkaitan Palestine seharusnya sentiasa dekat dihati
kita.